Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang (SK Kuala Dipang) terletak di Kampong Kuala Dipang, Jeram, Perak. Terletak di tebing Sungai Dipang yang akhirnya bercantum dengan Sungai Kampar tidak jauh daripada kawasan sekolah ini. Penduduk-penduduk adalah terdiri daripada keluarga DiRaja dan juga pendatang sumatera.
Sejarah bermulanya SK Kuala Dipang pada tahun 1888 dengan terdirinya sebuah bangunan kayu beratapkan rumbia,berdindingkan papan dan berlantaikan tanah. Didalam bangunan yang berukuran 50x30 kaki persegi inilah bermulanya persekolahan secara formal di Kuala Dipang. Mempunyai 68 orang murid dan dikelolakan oleh dua orang guru iaitu Encik Hassan Aceh sebagai Guru Besar dan Encik Mohd Ali b Abd Kadir sebagai penolongnya dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Kuala Dipang.
Semasa meletusnya Perang Pasifik, sekolah ini telah di tutup kerana diduduki oleh tentera British pada akhir tahun 1941 bagi menentang kemaraan tentera Jepun. Setelah Jepun menduduki Tanah Melayu, sekolah ini dibuka. Tamatnya Peperangan Dunia Kedua telah membawa banyak perubahan kepada orang Melayu pada keseluruhanya. Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Kuala Dipang menjadi pusat Darjah Enam bagi daerah ini. Sekolah ini juga telah mangadakan sambutan 100 tahun penubuhannya pada 13 November 1994
No comments:
Post a Comment